Menghilangkan         Karat       Kepada Pakaian:
 Perahkan air limau  nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam       halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena  karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus  seperti       biasa. 
      Merawat Kulit Berkedut:
Parutkan sebatang lobak merah yang telah       dibersihkkan, lalu  dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali       sehari. amalkan sehingga berkesan. 
Cara Menghilangkan       Ketuat: 
Sapukan  getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. titiskan getah  itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali.  ketuat akan mengering dan luruh sendiri. 
Menaikkan Seri       Muka:
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke       tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.
Atasi Tumit       Pecah:
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing       buluh.  kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.
Menghaluskan Kulit       Muka:
Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia  sejuk lalu disapukan kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. 
Melembutkan Tapak Kaki:
Ambil sedikit hampas kelapa dan  campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan  bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu untuk  mendapat hasilnya. 
Hilangkan Lebam Di bawah Mata:
Sapukan  bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali.
 Menghaluskan Kulit       Muka: 
Bancuh sedikit asam  jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah       dibersihkan. biarkan ia mengering  lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas.
Putihkan         Kulit Melecur.
Hiris         ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur.         Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas         dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.
Gigi Putih
Sebelum kita mengosok gigi dengan  menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau  lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah  gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga  kali.
Haluskan Siku & Lutut 
 Caranya mudah, parut buah nanas segar yang telah dicucibersih terlebih dahulu,  lalu sapukanpada siku dan lututkamu. Gosokkan perlahan dan biarkan selama  beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus  dari nanas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi  lembut kembali.
Setelah itu bilas dengan air suam sehingga bersih sampai  kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak  dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan saja. Selepas itu, letakkan  'baby oil' atau pelembap. Lakukan cara berkesan ini secara teratur dan nikmati hasilnya!! 
Lembut  Rambut
Sebelum  anda mencuci rambut anda, ada baiknya anda melumurkan sedikit minyak  baby ke  rambut anda, sebaiknya jika anda hendak mencuci rambut anda sebelah pagi  elok  anda melumurkan minyak baby pada sebelah malamnya. Tapi jika anda  sesuntukan masa...lima minit sebelum pun boleh juga tapi hasilnya tidaklah  seberapa. Selepas itu barulah anda menbasuh rambur anda seperti  biasa.Apabila rambut  anda sedah kering anda akan dapat rasa kelembutannya.
 Limau Nipis Cantikkan Badan
Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis.  Biarkan semalaman.  Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang.  Amalkan 3 kali seminggu. 
Menghilangkan Bulu Ketiak 
   Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.
 
 
dah bace SILA LIKE lah ye ;)