Sunday, June 19, 2011

HAPPY FATHER'S DAY






HAPPY FATHER'S DAY
aku tak reti nak wish2 mcm nie
erm btw happy father's day lah !


PENCUCI MATA :









*so amacam ? CUTE tak aku ?? 





dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Saturday, June 18, 2011

MAHARAJA LAWAK minggu ke-12 JB ??? ! peace yoo . . .

minggu ke-12 maharaya lawak dekat JB wehh
stadium MPJB
aku tak pergi pon sebenarnya haha !




Maharaja Lawak Sepah & Jozan
 perghhh TERBAEKKK ! !
FINALL mariii
waa suka diaorang dua2
tak kira sape menang :)

JB ??? peace yoo . .
(AC MIZAL)

 btw , CONGRATSSS !
SEPAH JOZAN NABIL JAMBU
perfect FINAL lah wehh
final next week

*suasana org JB amek tiket kat stadium MPJB :
Terlalu ramai pengunjung yang hadir sehingga hanya 1 pas sahaja untuk seorang diberikan




dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Sunday, June 12, 2011

yeahh ! akhirnya

okay lastly dapat online blogger . lappy dgn internet nie gila . okay last post pasal f6 . byk wehh nak cakap tapi pasal haisshh malas nak cakap gerammm ! !

masuk f6 dapat kawan baru ;

SOLEH ; muka dia nie tak tahu kenapa yg penting dia mmg gila >,<

AZLAN & the typewriter ; HAHA ! dia nie dalam fb aje gempak :)

ANAZIR ; dia gila bayang dgn PAU . haha ! aku choose gambar nie sbb gambar nie ajelah yg senonoh sikit kahkah !

BOBO ; nie bapak kitaorg haha ! dia nie cute sebenarnya . (fikir sendiri ikhlas ke tak)

KS : mummy ! ! kitaorg satu dorm . aku yg copkan katil dia masa mula2 datang . baekk kan ??
byk  nak cerita pasal kau tapi berdekak  wehh . kau fikir sendiri aktiviti kita kat drom dgn azie & amy .HAHA !


*tapi semua tak stay f6 hampehh HAHA ! pergi poli dgn kolej ! RINDUU korang nanti >,<



dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Sunday, May 8, 2011

last day memblogger



GOOD BYE ! !
tu je aku boleh cakap
lepas nie tak dapat aku nak update blog
tak dapat nak tulis entry ape yang jadi seharian
lepas nie dapat post entry 
bila cuti balik ruma ajelah
sebab aku kene duduk hostel
sedihnya . . .

lepas tu tak dapat nak on FB
update status
share blog dekat fb
main like2 fb and blog
then block walking tgok blog orang
i'll miss this moments lah

so mybe nie last post aku
aku akan post bila aku dapat online
or balik online kat ruma
maklumlah form 6 longgar sikit
kalau nak bawak lappy boleh 
tapi kene mintak izin cikgu dulu
aku dengar lah budak2 nie cakap
so i'll see lah hee

so bye bye FB bye bye BLOG
saya akan rindu awak
bye bye kawan-kawan

LAST POST ;"(




dah bace SILA LIKE lah ye ;)

form 6 teknik JB

ohh tidak esok daftar form 6 kat teknik jb
nie betul-betul ke cobaan
macam tak percaya
ohh tidak baju sekolah again -,- ewww

dah la semua belum prepare
tadi baru terkial-kial nak cari baju sekolah
maklumlah lepas spm aku dah bungkus
dengan kasut hitam aku berhabuk
alat tulis adek aku dah borong
beg sekolah entah mane terselit
stokin &scaft dah buang
photostate tak buat lagi
keperluan hostel haprak takde
baju kurung &t-shirt longgar
COP PENGESAHAN PON BELUM Oii !

haa care tak semua takde ;)
esok aku tak tahu macam mane
redah ajelah kot

nie pon malam baru aku start2 kemas
baju kurung 5 *aku suka bawak baju kurung banyak
haa aku cari tudung hitam aku time nie lah tak jumpa alahai~

okay lah tu je kot setakat nie 
aku nak sambung kemas
byeee ~
*dengan perasaan sedihh


dah bace SILA LIKE lah ye ;)

jusco tebrau city sabtu 7 mei

gambar belum ade lagi nanti aku post yee ;) dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Friday, May 6, 2011

HANCUR ! MUSNAH ! BERKECAI !


arghhhh hari nie keputusan UPU
aku punya excited and berdebar-debar nihh
6 mei pkol 12 ke atas baru boleh check

okay dah pukul 12 lebih aku pon klik lah link tuu
1st tak boleh maybe line busy sebab 1 malaysia kan check
aku guna lah explorer tika suggest
okay dapat masuk dah
aku tak check aku punya dulu
tapi atikah , adek , ju'e dengan nizam
atikah dapat utm pengurusan hartanah
adek dapat perhotelan
nizam dengan ju'e tak dapat

okay aku pulak
dedo baiii nak tekan
but teruskan perjalanan jugak
aku tekan sambil tutup mata huhu
bila bukak mate BAPAK AHHH
tak dapat baiiii ;(

hancur luluh hati 
impian berkecai
so good byee HATTA DOLMAT
kita tade jodoh HAHA
SEDIHH NYAAA . . .
macam mana nie ??
*pelamin anganku musnah

jeles sehh tengok budak-budak fesyen uitm
nak nanges sehh 
huaa huaa huaaa

tapi tapi boleh buat rayuan
tapi time nak choose course tade seni reka fesyen pon
hua huaaa *sebakku bertambah
rupanya course yg kene interview tade
sekali lagi HANCUR ! MUSNAH ! BERKECAI !
tape lahh aku dah tak terkata
aku pilih aje course perhotelan dengan pengurusatn teknologi pejabat
lantak lah aku malas nak fikir


 BLAH DENGAN PERASAAN BENGANG !
-,-


dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Bosan dengan nama DANIA



DANIA DANIA DANIA
aku tak faham dengan drama melayu sekarang
asal watak utama je nak guna name DANIA 
memang lah sedap tapi tade nama lain ke?
tak bosan ke ?
tak fikir pasal penonton ke ?
nama je berkarya tapi otak sempit
kau kan berkarya so explore lah keluar dari kotak
(bak kate adlin aman ramli dalam AF)
gunakan pengetahuan kau supaya fikir dari semua segi aspek
aku nak kritik lebih aku bukannya macam pengkritik AF 
nak berkarya tu biarla dari A-Z
maksud aku terperinci PERFECT !
mmg takkan perfect tapi nak ke perfeck tu pon okat ape

contoh-contoh drama yang guna nama DANIA tapi drama yang aku tahu ajelah
  • awan dania
  • awan dania espress
  • tak ingat tajuk (sekarang kat tv3 pukul 7 isnin-khamis)


ha nie baru tiga tak termasuk yang lain 
yang aku and korang belum tengok or belum terbit kan lagi
DANIA ! DANIA ! DANIA ! 
BOSAN !






dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Thursday, May 5, 2011

petua ohh petua

Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:
 Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa. 

Merawat Kulit Berkedut:
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan. 

Cara Menghilangkan Ketuat: 
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri. 

Menaikkan Seri Muka:
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.

Atasi Tumit Pecah:
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.

Menghaluskan Kulit Muka:
Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. 

Melembutkan Tapak Kaki:
Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya. 

Hilangkan Lebam Di bawah Mata:
Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali.

 Menghaluskan Kulit Muka: 
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas.

Putihkan Kulit Melecur.
Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.

Gigi Putih
Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali.

Haluskan Siku & Lutut 
Caranya mudah, parut buah nanas segar yang telah dicucibersih terlebih dahulu, lalu sapukanpada siku dan lututkamu. Gosokkan perlahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus dari nanas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi lembut kembali.
Setelah itu bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan saja. Selepas itu, letakkan 'baby oil' atau pelembap. Lakukan cara berkesan ini secara teratur dan nikmati hasilnya!! 

Lembut  Rambut
Sebelum anda mencuci rambut anda, ada baiknya anda melumurkan sedikit minyak baby ke rambut anda, sebaiknya jika anda hendak mencuci rambut anda sebelah pagi elok anda melumurkan minyak baby pada sebelah malamnya. Tapi jika anda sesuntukan masa...lima minit sebelum pun boleh juga tapi hasilnya tidaklah seberapa. Selepas itu barulah anda menbasuh rambur anda seperti biasa.Apabila rambut anda sedah kering anda akan dapat rasa kelembutannya.

 Limau Nipis Cantikkan Badan
Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis.  Biarkan semalaman.  Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang.  Amalkan 3 kali seminggu. 


Menghilangkan Bulu Ketiak 
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.
 
 


dah bace SILA LIKE lah ye ;)

petua putihkan ketiak



aku nie sebenarnya tade keje . so kalau aku rase aku nak share aku share aje tak kira ape . so aku nak share petua putihkan ketiak . ketiak aku pon tade lah hitam . ape salahnye nak cantikan ketiak idak ? hahaa AKU MEMANG TADE KEJE . pasal ketiak pon aku nak tulis heee
petua nie pon aku nampak kat satu blog nie ;)

bersih tak ? kalau jeles tu buatlah yee

cara-cara :

1. Apa yang anda perlukan adalah sedikit kapur sireh dan sebiji limau nipis.

2. Campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring.

3. Lepas tu, sapukan campuran tadi kat kawasan ketiak anda. Biarkannya lebih kurang dalam 15 minit.

4. Lakukannya selepas mandi tau.

5. Sebaik-baiknya, anda amalkan selama 1 minggu yer.


Selamat Mencuba!


p.s: Bila ketiak dah putih nanti, jangan dok asyik nak tayang kat umum jer plak! :)




dah bace SILA LIKE lah ye ;)

petua putihkan siku



haa aku ade jumpa satu petua nie so nak share lah . aku nak share dengan korang siku aku bukan hitam sangat tapi aku nak putihkan lagi haha . nak samekan dengan ton tangan aku hee . bukan tak besyukur . ape salahnye mencuba dak ?? so jom lah cuba . aku pon baru nak try . insyaallah kalau rajen hee

same ton tak ? ;)

takkan lah kat dapur korang tade tepung gandum kan ?

limau nipis nie kalau tak tahu !

haa nak buat jom lah tapi tengok dapur dulu ade ke tak . tade pergi beli ;/

cara-cara :


1. Ambil 1 biji limau nipis dan belah dua.

2. Ambil juga 2 sudu tepung gandum.

3. Perahkan limau nipis ke atas tepung gandum.

4. Kacaukan ia sampai rata.

5. Sapukan pada kedua-dua belah siku anda.

6. Biarkan ia kering dan bilas siku anda.

*Lakukan kaedah ini setiap hari hingga sebulan. InsyaAllah siku anda akan lebih putih dan bersih.

*kalau nak buat kat lutut pon boleh jugak ;)

SELAMAT MENCUBA !




dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Doa Untuk Kekasih


  • ya allah .. jika hambamu bercinta ,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu agar bertambah kekuatan untuk mencintai-Mu .
  • ya muhaimin . . jika hamba-Mu jatuh hati , izin kan aku menyentuh hati seorang insan yang hatinya tertaut kepada-Mu agar tidak terjatuh diriku dalam jurang cinta nafsu.
  • ya rabbana , jika hamba-Mu merindu rindukanlah diri ini pada seseorang yang merindu SYAHID dijalan-Mu.
  • ya allah . . jika hamba-Mu menikmati cinta kekasih-Mu , janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat sepertiga malam terakhir-Mu.
  • ya allah . . jika hamba-Mu jatuh hati pada kekasih-Mu,  jangan biarkan diriku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan menyeru manusia , kepada-Mu .
  • ya rabbana . . jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hati-Mu.
  • ya allah . . jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
*amin ya rabalalamin . . ;/





    dah bace SILA LIKE lah ye ;)

    Monday, May 2, 2011

    tesco tebrau -> HSI -> MCD pasir gudang

    hah atikah kene denggi so kiteorang pergi tesco tebrau dulu nak beli buah tangan
    aku fara noly aery dengan tak tahu heee
    beli buah anggur purple dengan hijau dgn air yougurt
    sementara tu nak tggu masa melawat 4.30 so pergi tesco dulu
    lepas tu baru pergi hospital aras 7 (7b)
    haha nak cari parking boleh habis mase melawat sehh
    masalahnyee bukan banyak parking pon
    saje ka cari dekat sikit malas jalan jauh haha
    borak punya borak kat hospital dalam 6 lebih kiteorang keluar
    dah lapar gila nie so melantak lah mcd
    aku nak cawan punya pasal terpaksa tambah ice cream heee
    nak cawan pink tapi kene ikot minggu so just dapat cawan hitam ;)
    CAWAN COKE :)
    lepas masing-masing perut buncit so balik lahh
    tu je kot nak cerita gambar belum upload lagi .
    wait yaww ;)


     atikah fara amaliena norly > ,<

    *aery dengan kawan dia main sembunyi2 kat belakang huahaha

    dah bace SILA LIKE lah ye ;)

    Friday, April 29, 2011

    aku part time JPN




    pagi tadi aku pergi JPN nak amek ic aku . patotnye dalam mase dua minggu boleh amek tapi dah sebulan lebih baru aku pargi ambil haha . okay first macam biasa lah kene ambil no. giliran kan . lepas tu aku keluar lah sebab lame lagi turn aku . hah lupa nak cakap adek aku pon pergi sebab dia nak buat ic *darjah 6 .

    then tiba-tiba aku sorang apek nie tanye "ini mau buat ic masuk dalam amek no ke ?" aku dah "huhh ??"  "ye ye" aku jawab . ingat habis dah . lepas tu apek tu keluar then dia suro aku isikan borang dia ? okay fine aku dah mula pelik . dia cakap dia tak reti bace . aku pon cakap dengan dia "okay-okay tapi kat dalam" aku pon pergi masuk dalam sebab ade tempat untuk menulis , luar mane ade . naseb baik borang tu sikit kene tulis kalau tak patah jari jemari aku nie . but nevermind lah ape salah nye tolong kan ?? tapi aku macam nak tumbuk je ade muka sorang bro gemuk nie mase apek tu suruh isi borang dia tengok aku macam nak cakap PADAN MUKA . haishh pakkal je kau besau haha .

    okay mase turn aku aku duduk lah kat kaunter 1 tiba-tiba ade amoi gemuk tanye aku "itu mane tempat ambil no ?" naseb baik tempat ambil no giliran sebelah aku je so aku tunjuk guna jari je "tuuu" . time aku duduk kat situ lah tukang jaga kaunter no giliran takde . haishhh . . .

    haa tulah sebab nye aku cakap tadi aku part time kat JPN kejap . tak sampai satu hari pon haha . tapi tapelah tolong kan ??? tapi tadi memang rase macam pekerja haha ;) tade gaji pulak tu hehehehhh . . . dah bace SILA LIKE lah ye ;)

    praktical driving

     okay forget it dialog kat atas tu ;)

    okay hari nie aku pergi praktical driving setelah sekian lamenye aku tunggu sebab mega driving school ramai gila calon nye . aku teori awal bulan and akhir bulan baru aku buat praktical ?? geramm geramm . . .

    okay fine cikgu tu agak garang and aku rase macam nak maki jee tapi okay lahh drive kat atas bukit aku okay  tapi mase first tu dia marah aku ? siap keluarkan rotan WTH ??! haishh bingit tak bingit ?? aku baru buat sehh . tapi kali kedua and seterusnya aku okay lah kat atas bukit tuu.

    hah kat 3 penjuru tu aku pon okay jugak tapi ingat tak ingat lah . agak kurang pasti lah . but nevermind . . nie yang paling aku bengang gila babi mase belajar parking . dia ajar aku suro tengok kertas yang ikut turutan tu then yang no 13 aku tak faham *BOLEH TAK KAU JELASKAN ?? tapi dia suro aku bace and buat . ape kebongoknyee ?? agak lame lahh aku kat tempat parking tuu . CB betul ! 

    lepas tu mase nak habis tu enjin asyik mati-mati jee sabab aku dah stress gilaa !! and si orang tua nie pon suka merajuk . asal aku buat salah dia cakap *buat lahh ape-ape , suka hati , malas nak ajar awak . (SAMBIL MUKA TOLEH KIRI) hakkk tuihh lah ! ingat aku terpujuk ke ? werkkkk !! (muntah taik !) time tu aku rase macam nak keluar kereta je tapi setan aku tak banyak haha sabar sabar ! HEI AKU BARU PEGANG STERENG OKAY ! so okay lahh tu tade lahh teruk sangat kot ;(

    cikgu ape entah name dia aku pon tak nak tahu ;/ lepas tu boleh pulak rehat-rehat keluar kereta kejap . dalam hati aku CEPATLAH NAK BERHENTI MAKIN LAMBAT . haha ade satu part kelakar aku hilang pertimbangan mase nak turun bukit , hah amek kau berkuda kau dalam kereta . aku nak tergelak je mase tu tapi dah gelak pon hahhaha .

    okay lepas dia suruh parking kat depan office tu aku dah lega sikit fuhh ! ingat kan suruh turun ade lagi yang pasal 5 perkara tu dia suruh buat . haishh cepat lahh arghh ! lepas 5 perkara tu ade lagi pulak sesi ceramah dalam kereta cinabeng betul lahh . aku ape lagi angguk angguk jelah haha . iyekan aje hahha ;/

    tapi aku nak say thanks lah kat cikgu tu sebab sudi curah kan ilmu kat aku even aku macam nak maki dia .*serius ! tapi yang aku nak puji pasak dia nie *ceh tadi dah kutuk* dia nie kejap okay kejap macam sial . time okay tu biasa lahh okay . dia ajar pon okay lah 1/5 bintang*muka taik* by the way THANKS CIKGU !

    lepas turun kereta aku call mak aku suruh amek tapi mak aku cakap tunggu bapak aku datang 730 WT ?? . sekarang baru pukul 7 *lebih kurang lah*  berejam seh aku tunggu sampai cikgu yang ade kat situ hampir semua tanye aku*naik rimas* tanye dduk mane ? siapa amek ? * macam csi pulak dah* then ade yang ajak tumpang ewww tak nak aku muka macam perogol hahah . then cikgu yang last sekali tu okay lah baik sikit tapi mintak FB ?? ewww . . . tapi okay lah dari mintak no fon WTH ??? kan kan . . . then berbual lah sikit-sikit . ceh mula-mula paggil aku nak bagi kertas padahal aku dah ade . gedikk je dia tu . second dia panggl lagi tu yang dia mintak fb . okay nevermind ;/

    dalam 730 tu bapak aku sampai ~

    dah bace SILA LIKE lah ye ;)

    Wednesday, April 27, 2011

    disebalik nama Niena Kahar

    hah ! kenal tak name nie ?? mmg ramai kawan-kawan tak berapa paggil aku dengan nama nie but act nama nie mmg name aku dari kecik . cuma kurang gunakan dikalangan kawan-kawan lah . family je ramai paggil nie . so sekarang aku nak guna satu nama je sbb aku pening ade yang paggil ama , lynn , niena . so nak mudahkan kepala otak aku nie aku suggest guna nama niena je . untuk kawan-kawan yang dah terbiasa guna nama ama or lynn tu tape teruskan je . janji aku orang yang sama and janji korang panggil aku aku faham and aku toleh haha !
    kadang-kadang kawan-kawan yang baru kenal tanye nak panggil aku nama apa aku dah mula pening and confuse gila . adehh mane satu name aku nak bagitahu nie so sekarang nama nie aku suggest guna sebab aku nak guna nama nie sebagai nama komersil lahh cewahh ! lagi pon aku ingat nak bawak name bapak sekali ;) *oh so sweet ! (perasan) hmm tade ape kot aku nak cakap just aku nak guna satu nama je ! NIENA KAHAR ;)

    niena mate sepet sebelah ;/
    kenapa time mate mcm nie mak aku suro tangkap gamba ?
    nie hah niena nye :) nie gambar mase aku kecik mybe sebab aku dulu tembam so itulah adelah faktor family panggil niena . sbb ade yang dulu panggil niena tembam ! so dari situ aku dapat teka kanapa diorang panggil aku niena . haishh ! COMEL TAK AKU MASE KECIK ??  rase nak cubit tak ;p

    hah ! tak lupa jugak nantikan kemunculan :
    •  NIENA KAHAR BRIDAL
    • NIENA KAHAR COLLECTION
    • NIENA KAHAR CREATION
    *mane satu okay untuk nama butik aku nanti ?? cewahh berangan dulu nie hee ;) or ADE CADANGAN LAIN BELAKANG NAMA NIENA KAHAR ??
    dah bace SILA LIKE lah ye ;)

    Tuesday, April 26, 2011

    amal makruf nahi mungkar

    terbace tajuk nie teringat uztazah remelah . kiteorang panggil dia uztazah REM haha . jahat tak jahat ?? ;p dah lah kat kelas selalu main-main , keje tak siap , ngumpat dia , lagi kalau dia suro present tajuk yang dia bagi then besoknye kiteorang tak buat haha . ade sampai dia merajuk terus keluar kelas . kadang-kadang rasa suka(sebab tak belajr) kadang-kadang rase bersalah . biasanye AISANG or siapa-siapa yang agak dikategorikan budak baik aje yang pujuk uztazah yang lain hampehh hahaha .

    okay lahh tajuk AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR . tiba-tiba nak buat tajuk entry . mybe nak refresh pasal agama belajar dalam kelas . CITE CITE CITE ~

    • makruf  berarti al-khayr (kebaikan) . amar makruf berarti perintah atau dorongan untuk menjalankan perkara-perkara yang makruf (kebaikan), yang dituntut atau didorong oleh akidah dan syariat Islam.
    • mungkar menurut timbangan syariat Islam adalah setiap itikad (keyakinan/keimanan), perbuatan (amal), ucapan (qawl) yang diingkari oleh as-Syâri‘ Yang Mahabijaksana dan harus dijauhi (Abu Faris, ibid, hlm. 20, Darul Furqan).
    • mungkar di sini berarti as-syarr (keburukan). nahi mungkar berarti perintah untuk menjauhi perkara-perkara yang mungkar (keburukan), yang dihindari oleh akidah dan syariat Islam. Amar makruf nahi mungkar diwajibkan oleh syariat Islam.
    dah bace SILA LIKE lah ye ;)

    Sunday, April 24, 2011

    berjinak-jinak dengan fesyen melalui majalah



    Majalah fesyen tempatan dan antarabangsa melambak di pasaran. Vogue, Bazaar, In-Style, Elle, GQ, Details (satu dua cukuplah) semuanya ada…tak perlu pergi seberang laut pun. Majalah tempatan pun ada yang tidak kurang hebatnya Glam, Eh!, Female, Maskulin. Nasihat saya, bila beli majalah janganlah setakat selak tengok gambar dan baca gossip saja….try to learn from these magazines, belajar mengenai trend, padanan pakaian dan aksesori. Belajar juga mengenai solekan yang betul untuk pelbagai majlis, Dan terdapat artikel-artikel yang boleh mengkayakan minda, semua itu adalah ilmu terutama untuk anda yang sentiasa berhadapan dengan masyarakat.

    Apapun, jangan salah faham, meniru trend fesyen dari barat tidak semestinya anda perlu seksi tidak tentu pasal. Pilihlah rekaan yang sesuai dengan budaya kita, selagi tidak keterlaluan. Kita boleh mengambil inspirasi daripada gaya, rekaan atau apa sahaja yang dipaparkan di dalam majalah-majalah tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan diri kita. Potongan badan, ketinggian serta warna kulit perlu diambil kira. Cara yang paling senang adalah anda boleh mengupah atau meminta khidmat fashion consultant, fashion stylist, fashion designer serta make-up artist untuk menentukan gaya keseluruhan. Namun perlu berhati-hati kerana kini terlalu ramai imposter yang mengaku mereka adalah fashion designer dan make-up artist. Ini yang menyebabkan berlakunya fashion disaster.

    apa itu fashion disaster ?
    Rekaan dan warna bercelaru, perincian sperti manik dan jemeki dan entah apa lagi kadangkala terlalu banyak dan menyemakkan pandangan. Ia seperti pakaian reject artis Hong Kong. Tiada fokus tertentu dan memperlihatkan originality rekaan. Mungkin artis itu tiada fashion sense dan hanya pakai apa yang disogokkan kepadanya, tetapi pengurus dan syarikat rakaman perlu mengambil inisiatif untuk membentuk imej yang boleh dibanggakan bukan hanya pada personaliti sahaja. Jangan kedekut untuk berbelanja untuk mendapatkan khidmat pereka yang betul-betul know what he’s or she’s doing!! Jangan ambil pereka yang tak sudah-sudah mencedok seratus peratus idea pereka antarabangsa atau paling sedih mencedok idea pereka tempatan yang disegani (contohnya seperti Rizalman, Radzuan)....Please!! Masyarakat kini lebih peka, lebih arif..they do read, you know.

    BY FAIZAL HAMID dah bace SILA LIKE lah ye ;)

    Saturday, April 23, 2011

    jogging teratak


    haishh bosan asyikk duduk ruma je . aku dah macam budak anti sosial dah terperap je kat rumah . so hari nie aku noly omas aenol and adib(tak kenal) pergi teratak nak jogging . NAK KURUS NIH ! lagi-lagi omas heehee . first pusing 2 , 3 round tapi tak lari pon hee . then lepas tu baru jog . nampak noly datang berhenti jap .(asyik berhenti jek) dia nak letak botol air kat motor omas lah ;)
    tak tahu nak cerita apa nie . hah ! tadi mase tengah lari ade guys nie nak usha ain haha kelakar gila kott . mula-mula kat atas titi , yang ain pegi jog atas tu ! adehh aku takut terbobos je haha . then kitaorang ketawa-ketawa lahh . that guy tu tiba-tiba cakap 'bersuka ria ye??' huh ? terkezut aku tiba-tiba je kan haha . then dia cakap kat ain 'boleh join ??' hahah tergelak aku . ain ignore je bahaha . lepas tu kitaorang teruskan perjalanan sambil ketawa .
    noly dah sampai so jog dengan dia pulak then main sit up and ape tah aku tak tawu nak sebut haha tapi macam-macam lahh . fuhh dah penat lepak DI TEPI PANTAI YANG INDAH(lagu) haha ain cakap JANGAN NAK TEPI PANTAI SANGAT ! wahaha mmg pon tasek je kot heee ;) syok berbual so kitaorang balik lahh . byebye teratak ~ balik naik kereta noly  ;) then sampai ruma aku terus online tanpa mandi huhu ~ esok pon nak pergi jog lagi so nantikan JOGGING TERATAK 2 bhahhaa . BUKAN JANJI TAPI PASTI ! (david teo) bye ! !
    dah bace SILA LIKE lah ye ;)

    Friday, April 22, 2011

    apa itu fesyen ? BY FAIZAL HAMID

    Fesyen secara zahirnya membabitkan pakaian yang kita pakai, tarian yang kita tarikan, kereta yang kita pandu, gaya potongan rambut serta pelbagai aspek yang lain. Fesyen itu mempengaruhi gaya hidup dan memberikan kesan pada setiap peringkat kehidupan. Fesyen dikatakan adalah aliran yang lazim merebak pada masyarakat selari dengan sejarah dunia. Fesyen merupakan keinginan untuk perubahan, dan ini menjadikan ia sebahagian daripada asas kelengkapan kehidupan.

    Manusia mula menutup badan mereka untuk memanaskan badan dan supaya kelihatan sopan, tetapi perhiasan dan dekorasi telah dulu menjadi aspek penting dalam berpakaian. Tekanan daripada rakan-rakan dan perubahan gaya hidup mempengaruhi jenis perhiasan yang dapat diterima pada sesuatu masa atau zaman atau kelompok masyarakat.

    Pada asasnya, tujuan manusia memakai pakaian masih tidak berubah dulu dan kini. Hari ini kita masih memakai pakaian untuk tidak menjolok mata, tetapi pilihan kita dalam berpakaian dipengaruhi oleh keinginan untuk menghias diri.

    Pakaian adalah medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Dengan hanya melihat gaya seseorang berpakaian kita boleh mengandaikan tentang status sosial, identiti jantina, orientasi politik, etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka.

    Antara ciri fesyen yang hebat adalah ianya sentiasa berubah dan tidak statik. Ianya berlaku terlalu cepat, sesuatu yang in fashion boleh bertukar menjadi out of fashion pada bila-bila masa. Apa yang kita lihat mungkin pereka membuat perubahan ini mengikut mood dan kehendak hati, tetapi realitinya rekaan mereka hanya akan diterima masyarakat jika ianya benar-benar dapat mencerminkan zaman atau dekad pada waktu tersebut.

    Hari ini bahasa fesyen dipertuturkan, dari New York hingga ke Tokyo dan ia sudah pergi jauh dari tempat yang dikatakan asalnya iaitu Perancis. Aliran fesyen terbaru mungkin datang dari London, India, Hong Kong ataupun tidak mustahil nanti mungkin dari Kuala Lumpur, tetapi mungkin juga datangnya bukan daripada idea pereka.

    Kini bahagian pemasaran dan promosi dalam sesuatu organisasi sentiasa boleh mempromosikan nama sesiapa jua sehingga ianya menjadi sebutan, ikutan atau fashionable. Apa sahaja barangan seperti T-shirt hingga kasut sukan boleh menjadi kegilaan peminat fesyen.

    Diawal abad ke 21 ini, sekali lagi kita boleh melihat korset (corset) dan pinggul bustel (bustle) yang mendominasi aliran fesyen diawal abad ke 20, muncul kembali dipersada fesyen antarabangsa. Kini dada dan pinggul memainkan peranan utama untuk menawan hati sesiapa yang melihat, agak kontroversi? Mungkin fenomena ini yang mendefinasikan budaya moden, apapun terpulang pada perspektif masing-masing,

    Fesyen sememangnya berubah. Kini apabila wanita moden memakai korset dan pereka merahsiakan identiti mereka disebalik label tertentu adalah kerana mereka bebas untuk berbuat demikian bukan kerana terpaksa, tekanan dan sebagainya. Yang pasti manusia akan terus-terusan menikmati keseronokan dengan fesyen, mengapa tidak?
    That’s the beauty of fashion!

    dah bace SILA LIKE lah ye ;)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...