Sunday, April 24, 2011

berjinak-jinak dengan fesyen melalui majalah



Majalah fesyen tempatan dan antarabangsa melambak di pasaran. Vogue, Bazaar, In-Style, Elle, GQ, Details (satu dua cukuplah) semuanya ada…tak perlu pergi seberang laut pun. Majalah tempatan pun ada yang tidak kurang hebatnya Glam, Eh!, Female, Maskulin. Nasihat saya, bila beli majalah janganlah setakat selak tengok gambar dan baca gossip saja….try to learn from these magazines, belajar mengenai trend, padanan pakaian dan aksesori. Belajar juga mengenai solekan yang betul untuk pelbagai majlis, Dan terdapat artikel-artikel yang boleh mengkayakan minda, semua itu adalah ilmu terutama untuk anda yang sentiasa berhadapan dengan masyarakat.

Apapun, jangan salah faham, meniru trend fesyen dari barat tidak semestinya anda perlu seksi tidak tentu pasal. Pilihlah rekaan yang sesuai dengan budaya kita, selagi tidak keterlaluan. Kita boleh mengambil inspirasi daripada gaya, rekaan atau apa sahaja yang dipaparkan di dalam majalah-majalah tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan diri kita. Potongan badan, ketinggian serta warna kulit perlu diambil kira. Cara yang paling senang adalah anda boleh mengupah atau meminta khidmat fashion consultant, fashion stylist, fashion designer serta make-up artist untuk menentukan gaya keseluruhan. Namun perlu berhati-hati kerana kini terlalu ramai imposter yang mengaku mereka adalah fashion designer dan make-up artist. Ini yang menyebabkan berlakunya fashion disaster.

apa itu fashion disaster ?
Rekaan dan warna bercelaru, perincian sperti manik dan jemeki dan entah apa lagi kadangkala terlalu banyak dan menyemakkan pandangan. Ia seperti pakaian reject artis Hong Kong. Tiada fokus tertentu dan memperlihatkan originality rekaan. Mungkin artis itu tiada fashion sense dan hanya pakai apa yang disogokkan kepadanya, tetapi pengurus dan syarikat rakaman perlu mengambil inisiatif untuk membentuk imej yang boleh dibanggakan bukan hanya pada personaliti sahaja. Jangan kedekut untuk berbelanja untuk mendapatkan khidmat pereka yang betul-betul know what he’s or she’s doing!! Jangan ambil pereka yang tak sudah-sudah mencedok seratus peratus idea pereka antarabangsa atau paling sedih mencedok idea pereka tempatan yang disegani (contohnya seperti Rizalman, Radzuan)....Please!! Masyarakat kini lebih peka, lebih arif..they do read, you know.

BY FAIZAL HAMID dah bace SILA LIKE lah ye ;)

2 sudah comment . anda bila ??:

Gadis blogger said...

tapi ramai lagi suke tgk gamba lah cik amaa

nuramalina athirah said...

huh ?? tak paham hahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...