Friday, April 29, 2011

aku part time JPN




pagi tadi aku pergi JPN nak amek ic aku . patotnye dalam mase dua minggu boleh amek tapi dah sebulan lebih baru aku pargi ambil haha . okay first macam biasa lah kene ambil no. giliran kan . lepas tu aku keluar lah sebab lame lagi turn aku . hah lupa nak cakap adek aku pon pergi sebab dia nak buat ic *darjah 6 .

then tiba-tiba aku sorang apek nie tanye "ini mau buat ic masuk dalam amek no ke ?" aku dah "huhh ??"  "ye ye" aku jawab . ingat habis dah . lepas tu apek tu keluar then dia suro aku isikan borang dia ? okay fine aku dah mula pelik . dia cakap dia tak reti bace . aku pon cakap dengan dia "okay-okay tapi kat dalam" aku pon pergi masuk dalam sebab ade tempat untuk menulis , luar mane ade . naseb baik borang tu sikit kene tulis kalau tak patah jari jemari aku nie . but nevermind lah ape salah nye tolong kan ?? tapi aku macam nak tumbuk je ade muka sorang bro gemuk nie mase apek tu suruh isi borang dia tengok aku macam nak cakap PADAN MUKA . haishh pakkal je kau besau haha .

okay mase turn aku aku duduk lah kat kaunter 1 tiba-tiba ade amoi gemuk tanye aku "itu mane tempat ambil no ?" naseb baik tempat ambil no giliran sebelah aku je so aku tunjuk guna jari je "tuuu" . time aku duduk kat situ lah tukang jaga kaunter no giliran takde . haishhh . . .

haa tulah sebab nye aku cakap tadi aku part time kat JPN kejap . tak sampai satu hari pon haha . tapi tapelah tolong kan ??? tapi tadi memang rase macam pekerja haha ;) tade gaji pulak tu hehehehhh . . . dah bace SILA LIKE lah ye ;)

praktical driving

 okay forget it dialog kat atas tu ;)

okay hari nie aku pergi praktical driving setelah sekian lamenye aku tunggu sebab mega driving school ramai gila calon nye . aku teori awal bulan and akhir bulan baru aku buat praktical ?? geramm geramm . . .

okay fine cikgu tu agak garang and aku rase macam nak maki jee tapi okay lahh drive kat atas bukit aku okay  tapi mase first tu dia marah aku ? siap keluarkan rotan WTH ??! haishh bingit tak bingit ?? aku baru buat sehh . tapi kali kedua and seterusnya aku okay lah kat atas bukit tuu.

hah kat 3 penjuru tu aku pon okay jugak tapi ingat tak ingat lah . agak kurang pasti lah . but nevermind . . nie yang paling aku bengang gila babi mase belajar parking . dia ajar aku suro tengok kertas yang ikut turutan tu then yang no 13 aku tak faham *BOLEH TAK KAU JELASKAN ?? tapi dia suro aku bace and buat . ape kebongoknyee ?? agak lame lahh aku kat tempat parking tuu . CB betul ! 

lepas tu mase nak habis tu enjin asyik mati-mati jee sabab aku dah stress gilaa !! and si orang tua nie pon suka merajuk . asal aku buat salah dia cakap *buat lahh ape-ape , suka hati , malas nak ajar awak . (SAMBIL MUKA TOLEH KIRI) hakkk tuihh lah ! ingat aku terpujuk ke ? werkkkk !! (muntah taik !) time tu aku rase macam nak keluar kereta je tapi setan aku tak banyak haha sabar sabar ! HEI AKU BARU PEGANG STERENG OKAY ! so okay lahh tu tade lahh teruk sangat kot ;(

cikgu ape entah name dia aku pon tak nak tahu ;/ lepas tu boleh pulak rehat-rehat keluar kereta kejap . dalam hati aku CEPATLAH NAK BERHENTI MAKIN LAMBAT . haha ade satu part kelakar aku hilang pertimbangan mase nak turun bukit , hah amek kau berkuda kau dalam kereta . aku nak tergelak je mase tu tapi dah gelak pon hahhaha .

okay lepas dia suruh parking kat depan office tu aku dah lega sikit fuhh ! ingat kan suruh turun ade lagi yang pasal 5 perkara tu dia suruh buat . haishh cepat lahh arghh ! lepas 5 perkara tu ade lagi pulak sesi ceramah dalam kereta cinabeng betul lahh . aku ape lagi angguk angguk jelah haha . iyekan aje hahha ;/

tapi aku nak say thanks lah kat cikgu tu sebab sudi curah kan ilmu kat aku even aku macam nak maki dia .*serius ! tapi yang aku nak puji pasak dia nie *ceh tadi dah kutuk* dia nie kejap okay kejap macam sial . time okay tu biasa lahh okay . dia ajar pon okay lah 1/5 bintang*muka taik* by the way THANKS CIKGU !

lepas turun kereta aku call mak aku suruh amek tapi mak aku cakap tunggu bapak aku datang 730 WT ?? . sekarang baru pukul 7 *lebih kurang lah*  berejam seh aku tunggu sampai cikgu yang ade kat situ hampir semua tanye aku*naik rimas* tanye dduk mane ? siapa amek ? * macam csi pulak dah* then ade yang ajak tumpang ewww tak nak aku muka macam perogol hahah . then cikgu yang last sekali tu okay lah baik sikit tapi mintak FB ?? ewww . . . tapi okay lah dari mintak no fon WTH ??? kan kan . . . then berbual lah sikit-sikit . ceh mula-mula paggil aku nak bagi kertas padahal aku dah ade . gedikk je dia tu . second dia panggl lagi tu yang dia mintak fb . okay nevermind ;/

dalam 730 tu bapak aku sampai ~

dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Wednesday, April 27, 2011

disebalik nama Niena Kahar

hah ! kenal tak name nie ?? mmg ramai kawan-kawan tak berapa paggil aku dengan nama nie but act nama nie mmg name aku dari kecik . cuma kurang gunakan dikalangan kawan-kawan lah . family je ramai paggil nie . so sekarang aku nak guna satu nama je sbb aku pening ade yang paggil ama , lynn , niena . so nak mudahkan kepala otak aku nie aku suggest guna nama niena je . untuk kawan-kawan yang dah terbiasa guna nama ama or lynn tu tape teruskan je . janji aku orang yang sama and janji korang panggil aku aku faham and aku toleh haha !
kadang-kadang kawan-kawan yang baru kenal tanye nak panggil aku nama apa aku dah mula pening and confuse gila . adehh mane satu name aku nak bagitahu nie so sekarang nama nie aku suggest guna sebab aku nak guna nama nie sebagai nama komersil lahh cewahh ! lagi pon aku ingat nak bawak name bapak sekali ;) *oh so sweet ! (perasan) hmm tade ape kot aku nak cakap just aku nak guna satu nama je ! NIENA KAHAR ;)

niena mate sepet sebelah ;/
kenapa time mate mcm nie mak aku suro tangkap gamba ?
nie hah niena nye :) nie gambar mase aku kecik mybe sebab aku dulu tembam so itulah adelah faktor family panggil niena . sbb ade yang dulu panggil niena tembam ! so dari situ aku dapat teka kanapa diorang panggil aku niena . haishh ! COMEL TAK AKU MASE KECIK ??  rase nak cubit tak ;p

hah ! tak lupa jugak nantikan kemunculan :
  •  NIENA KAHAR BRIDAL
  • NIENA KAHAR COLLECTION
  • NIENA KAHAR CREATION
*mane satu okay untuk nama butik aku nanti ?? cewahh berangan dulu nie hee ;) or ADE CADANGAN LAIN BELAKANG NAMA NIENA KAHAR ??
dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Tuesday, April 26, 2011

amal makruf nahi mungkar

terbace tajuk nie teringat uztazah remelah . kiteorang panggil dia uztazah REM haha . jahat tak jahat ?? ;p dah lah kat kelas selalu main-main , keje tak siap , ngumpat dia , lagi kalau dia suro present tajuk yang dia bagi then besoknye kiteorang tak buat haha . ade sampai dia merajuk terus keluar kelas . kadang-kadang rasa suka(sebab tak belajr) kadang-kadang rase bersalah . biasanye AISANG or siapa-siapa yang agak dikategorikan budak baik aje yang pujuk uztazah yang lain hampehh hahaha .

okay lahh tajuk AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR . tiba-tiba nak buat tajuk entry . mybe nak refresh pasal agama belajar dalam kelas . CITE CITE CITE ~

  • makruf  berarti al-khayr (kebaikan) . amar makruf berarti perintah atau dorongan untuk menjalankan perkara-perkara yang makruf (kebaikan), yang dituntut atau didorong oleh akidah dan syariat Islam.
  • mungkar menurut timbangan syariat Islam adalah setiap itikad (keyakinan/keimanan), perbuatan (amal), ucapan (qawl) yang diingkari oleh as-Syâri‘ Yang Mahabijaksana dan harus dijauhi (Abu Faris, ibid, hlm. 20, Darul Furqan).
  • mungkar di sini berarti as-syarr (keburukan). nahi mungkar berarti perintah untuk menjauhi perkara-perkara yang mungkar (keburukan), yang dihindari oleh akidah dan syariat Islam. Amar makruf nahi mungkar diwajibkan oleh syariat Islam.
dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Sunday, April 24, 2011

berjinak-jinak dengan fesyen melalui majalah



Majalah fesyen tempatan dan antarabangsa melambak di pasaran. Vogue, Bazaar, In-Style, Elle, GQ, Details (satu dua cukuplah) semuanya ada…tak perlu pergi seberang laut pun. Majalah tempatan pun ada yang tidak kurang hebatnya Glam, Eh!, Female, Maskulin. Nasihat saya, bila beli majalah janganlah setakat selak tengok gambar dan baca gossip saja….try to learn from these magazines, belajar mengenai trend, padanan pakaian dan aksesori. Belajar juga mengenai solekan yang betul untuk pelbagai majlis, Dan terdapat artikel-artikel yang boleh mengkayakan minda, semua itu adalah ilmu terutama untuk anda yang sentiasa berhadapan dengan masyarakat.

Apapun, jangan salah faham, meniru trend fesyen dari barat tidak semestinya anda perlu seksi tidak tentu pasal. Pilihlah rekaan yang sesuai dengan budaya kita, selagi tidak keterlaluan. Kita boleh mengambil inspirasi daripada gaya, rekaan atau apa sahaja yang dipaparkan di dalam majalah-majalah tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan diri kita. Potongan badan, ketinggian serta warna kulit perlu diambil kira. Cara yang paling senang adalah anda boleh mengupah atau meminta khidmat fashion consultant, fashion stylist, fashion designer serta make-up artist untuk menentukan gaya keseluruhan. Namun perlu berhati-hati kerana kini terlalu ramai imposter yang mengaku mereka adalah fashion designer dan make-up artist. Ini yang menyebabkan berlakunya fashion disaster.

apa itu fashion disaster ?
Rekaan dan warna bercelaru, perincian sperti manik dan jemeki dan entah apa lagi kadangkala terlalu banyak dan menyemakkan pandangan. Ia seperti pakaian reject artis Hong Kong. Tiada fokus tertentu dan memperlihatkan originality rekaan. Mungkin artis itu tiada fashion sense dan hanya pakai apa yang disogokkan kepadanya, tetapi pengurus dan syarikat rakaman perlu mengambil inisiatif untuk membentuk imej yang boleh dibanggakan bukan hanya pada personaliti sahaja. Jangan kedekut untuk berbelanja untuk mendapatkan khidmat pereka yang betul-betul know what he’s or she’s doing!! Jangan ambil pereka yang tak sudah-sudah mencedok seratus peratus idea pereka antarabangsa atau paling sedih mencedok idea pereka tempatan yang disegani (contohnya seperti Rizalman, Radzuan)....Please!! Masyarakat kini lebih peka, lebih arif..they do read, you know.

BY FAIZAL HAMID dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Saturday, April 23, 2011

jogging teratak


haishh bosan asyikk duduk ruma je . aku dah macam budak anti sosial dah terperap je kat rumah . so hari nie aku noly omas aenol and adib(tak kenal) pergi teratak nak jogging . NAK KURUS NIH ! lagi-lagi omas heehee . first pusing 2 , 3 round tapi tak lari pon hee . then lepas tu baru jog . nampak noly datang berhenti jap .(asyik berhenti jek) dia nak letak botol air kat motor omas lah ;)
tak tahu nak cerita apa nie . hah ! tadi mase tengah lari ade guys nie nak usha ain haha kelakar gila kott . mula-mula kat atas titi , yang ain pegi jog atas tu ! adehh aku takut terbobos je haha . then kitaorang ketawa-ketawa lahh . that guy tu tiba-tiba cakap 'bersuka ria ye??' huh ? terkezut aku tiba-tiba je kan haha . then dia cakap kat ain 'boleh join ??' hahah tergelak aku . ain ignore je bahaha . lepas tu kitaorang teruskan perjalanan sambil ketawa .
noly dah sampai so jog dengan dia pulak then main sit up and ape tah aku tak tawu nak sebut haha tapi macam-macam lahh . fuhh dah penat lepak DI TEPI PANTAI YANG INDAH(lagu) haha ain cakap JANGAN NAK TEPI PANTAI SANGAT ! wahaha mmg pon tasek je kot heee ;) syok berbual so kitaorang balik lahh . byebye teratak ~ balik naik kereta noly  ;) then sampai ruma aku terus online tanpa mandi huhu ~ esok pon nak pergi jog lagi so nantikan JOGGING TERATAK 2 bhahhaa . BUKAN JANJI TAPI PASTI ! (david teo) bye ! !
dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Friday, April 22, 2011

apa itu fesyen ? BY FAIZAL HAMID

Fesyen secara zahirnya membabitkan pakaian yang kita pakai, tarian yang kita tarikan, kereta yang kita pandu, gaya potongan rambut serta pelbagai aspek yang lain. Fesyen itu mempengaruhi gaya hidup dan memberikan kesan pada setiap peringkat kehidupan. Fesyen dikatakan adalah aliran yang lazim merebak pada masyarakat selari dengan sejarah dunia. Fesyen merupakan keinginan untuk perubahan, dan ini menjadikan ia sebahagian daripada asas kelengkapan kehidupan.

Manusia mula menutup badan mereka untuk memanaskan badan dan supaya kelihatan sopan, tetapi perhiasan dan dekorasi telah dulu menjadi aspek penting dalam berpakaian. Tekanan daripada rakan-rakan dan perubahan gaya hidup mempengaruhi jenis perhiasan yang dapat diterima pada sesuatu masa atau zaman atau kelompok masyarakat.

Pada asasnya, tujuan manusia memakai pakaian masih tidak berubah dulu dan kini. Hari ini kita masih memakai pakaian untuk tidak menjolok mata, tetapi pilihan kita dalam berpakaian dipengaruhi oleh keinginan untuk menghias diri.

Pakaian adalah medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Dengan hanya melihat gaya seseorang berpakaian kita boleh mengandaikan tentang status sosial, identiti jantina, orientasi politik, etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka.

Antara ciri fesyen yang hebat adalah ianya sentiasa berubah dan tidak statik. Ianya berlaku terlalu cepat, sesuatu yang in fashion boleh bertukar menjadi out of fashion pada bila-bila masa. Apa yang kita lihat mungkin pereka membuat perubahan ini mengikut mood dan kehendak hati, tetapi realitinya rekaan mereka hanya akan diterima masyarakat jika ianya benar-benar dapat mencerminkan zaman atau dekad pada waktu tersebut.

Hari ini bahasa fesyen dipertuturkan, dari New York hingga ke Tokyo dan ia sudah pergi jauh dari tempat yang dikatakan asalnya iaitu Perancis. Aliran fesyen terbaru mungkin datang dari London, India, Hong Kong ataupun tidak mustahil nanti mungkin dari Kuala Lumpur, tetapi mungkin juga datangnya bukan daripada idea pereka.

Kini bahagian pemasaran dan promosi dalam sesuatu organisasi sentiasa boleh mempromosikan nama sesiapa jua sehingga ianya menjadi sebutan, ikutan atau fashionable. Apa sahaja barangan seperti T-shirt hingga kasut sukan boleh menjadi kegilaan peminat fesyen.

Diawal abad ke 21 ini, sekali lagi kita boleh melihat korset (corset) dan pinggul bustel (bustle) yang mendominasi aliran fesyen diawal abad ke 20, muncul kembali dipersada fesyen antarabangsa. Kini dada dan pinggul memainkan peranan utama untuk menawan hati sesiapa yang melihat, agak kontroversi? Mungkin fenomena ini yang mendefinasikan budaya moden, apapun terpulang pada perspektif masing-masing,

Fesyen sememangnya berubah. Kini apabila wanita moden memakai korset dan pereka merahsiakan identiti mereka disebalik label tertentu adalah kerana mereka bebas untuk berbuat demikian bukan kerana terpaksa, tekanan dan sebagainya. Yang pasti manusia akan terus-terusan menikmati keseronokan dengan fesyen, mengapa tidak?
That’s the beauty of fashion!

dah bace SILA LIKE lah ye ;)

muslihat berpakaian by faizal hamid


Pertimbangkan bahagian manakah perlu diberikan tumpuan utama dan yang manakah harus disembunyikan. Dengan hanya bertanyakan beberapa soalan ringkas seperti siapakah saya, pakaian bagaimanakah sesuai dengan gaya hidup saya, rekaan pakaian yang paling saya suka memakainya, akan membantu bagaimana kita boleh berpakaian kena dengan aktiviti atau majlis, memilih pakaian dan aksesori yang ideal dengan bentuk badan, serta nampak hebat pagi, petang hingga malam.

Muslihat Asas Berpakaian Untuk Semua Individu 
Warna gelap boleh membuatkan kita nampak ramping. Dari kepala hingga ke kaki pakaian rona senada (monochromatic) memberikan ilusi ketinggian dan dapat membuatkan tubuh seseorang kelihatan lebih seimbang. Jalur melintang membuat anda lebih lebar, manakala jalur menegak, secara visualnya memanjangkan badan. Pastikan kita beri kurang penumpuan pada bahagian badan yang bermasaalah (walau di manapun), kadangkala kerana terlalu mahu menyembunyikannya dengan pelbagai cara, menjadikan ia lebih jelas serta menarik pandangan sinis masyarakat sekeliling.

Panduan Penggayaan Untuk Wanita Bertubuh Besar (Generously Sized Bodies)
Beg - shoulder bag yang besar dan tebal kerana kedudukannya yang terletak di tengah bahagian badan akan menarik perhatian pada bahagian tersebut. Sebaliknya bawalah flat bag, briefcase ataupun tote, ia akan melarikan pandangan daripada bahagian badan.

Tali Pinggang - Untuk bentuk badan hourglass, tali pinggang dapat perlihatkan dengan jelas bahagian yang paling ramping

Fabrik - Potongan yang longgar, panjang, berlapis-lapis daripada fabrik jenis lightweight amat sesuai sekali. Elakkan motif dan reka corak yang besar. Perlu diingat warna gelap menjadikan kita kelihatan langsing. Jika ingin menambah warna terang, pakailah blazer yang panjang antau vest dalam rona tersebut.

Perhiasan - Rantai panjang, loket (pendants) dan anting-anting berjuntai (dangling earings) menjadikan wajah kelihatan panjang, pin atau kerongsang (brooch) yang disematkan di bahu boleh mengalihkan perhatian daripada pinggang yang lebar (thick waist). Jika leher anda tebal (thick neck) elakkan perhiasan yang tumpuannya ke arah itu; contohnya choker, pakailah hanya satu aksesori, bukan sebanyak mungkin.

Seluar - Kalau boleh elakkan seluar, terutamanya potongan straight-cut, sebaliknya plihlah seluar potongan full-cut dan ditambah atasnya vest dan blouse ataupun sweater besar yang lembut. Blazer yang menutup bahagian punggung juga paling sesuai dan menarik untuk dipadankan.

Skirt - Melainkan anda memiliki sepasang kaki yang cantik elakkan skirt pendek. Pilihan yang bijak adalah skirt panjang sama ada potongan sempit ataupun longgar dengan elastic di pinggang. Elakkan juga skirt yang terlalu kembang kerana fabrik yang berlebihan akan menjadikan silhouette nampak lebih besar.

Panduan Penggayaan Untuk Wanita Bertubuh Badan Kecil (Petite Bodies)
Gaya - Pakaian kalau boleh biarlah yang ditempah mengikut ukuran badan anda. Elakkan pakaian yang terlalu besar (oversized), potongan boxy, banyak lipatan dan menggunakan banyak fabrik, kerana ia akan menenggelamkan badan yang kecil.

Aksesori - Pilihlah aksesori dengan teliti, wanita kecil molek akan nampak semak dan kurang selesa dengan aksesori yang terlalu besar.

Tali Pinggang - Pilihlah tali pinggang yang saiznya kecil bukan besar.

Perincian (Detailing) - Pastikan details adalah dalam kadar banding (proportion) yang sesuai, elakkan lapel, butang, ataupun cuff yang besar atau lebar.

Gaun (dress) - Oleh kerana padanan baju dan seluar ataupun skirt yang betul bagus potongan (well fitting) untuk wanita bersaiz kecil mungkin sukar didapati, memakai gaun (dress) adalah penyelesaian yang tepat.

Rambut - Rambut potongan close-cropped menjadikan kepala anda nampak lebih kecil dan secara tidak langsung memberikan ilusi tubuh lebih panjang.

Motif dan Rekacorak (pattern) - Motif dan reka corak yang besar boleh menenggelamkan sikecil molek, elakkan motif berpetak (plaids), polka dots dan jalur.

Skirt - Elak potongan A-line daripada fabrik yang keras dan tegang, kerana ia akan mewujudkan silhouette yang tidak menarik. Jika anda punyai sepasang kaki yang menawan, skirt pendek potongan lurus adalah pilihan yang tepat kerana ia menjadikan kaki nampak lebih panjang dan menawan dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Thursday, April 21, 2011

Bual Fesyen: Shaidah Shafie dan faizal hamid


Faizal Hamid
Pereka fesyen tempatan tak perlu terlalu 'berkiblatkan' Eropah untuk hasilkan rekan hebat

MEREKA fesyen atau menjadi pereka memang kerjaya yang dianggap glamor. Kalau tidak pandai menjahit baju sekalipun, asalkan berwang, anda sudah boleh bergelar pereka dengan mengupah individu lain menyiapkan busana lakaran anda.

Kenyataannya, pereka fesyen sejati sewajarnya mengetahui selok-belok mengenai jahitan, potongan , jenis fabrik mahupun memahami cita rasa penggemar fesyen kerana ilmu berkenaan akan meletakkan mereka ke tahap yang akan dihormati dan disegani pelanggan.

Bahkan, ada banyak lagi kemahiran lain yang dituntut sekiranya anda ingin meletakkan diri sebaris dengan pereka fesyen tersohor, baik di dalam mahupun luar negara kerana mereka juga tidak merintis laluan mudah untuk mencapai kemasyhuran dimiliki hari ini.

Ikuti Bual Fesyen kali ini dengan Pakar Perunding Fesyen, Faizal Hamid.

 Apakah elemen utama yang perlu ada untuk menjadi pereka fesyen berjaya ?

Fesyen adalah bidang yang memerlukan pelbagai kebolehan, bakat, kemahiran, pengetahuan luas dan aset. Oleh itu, latar belakang pendidikan fesyen, dedikasi, kemahuan menghadapi cabaran dan rintangan adalah kunci kejayaan dalam bidang ini. Pereka muda perlu menjejak jalan yang sudah dilalui oleh pereka berpengaruh tempatan dan luar negara dalam membina empayar fesyen mereka selain perlu sentiasa berhubung dengan golongan profesional yang kreatif serta menjadikan mereka sebagai mentor yang boleh memberikan bimbingan serta nasihat dalam mengembangkan kerjaya pelajar.
Perkara lain yang turut diperlukan adalah sabar, berfikiran terbuka, punyai sikap ingin tahu dan berani bereksperimentasi. Disiplin yang ketat, penuh semangat terhadap fesyen, punyai visi serta strategi juga dituntut selain perlu ada asas seni yang bagus, berpengetahuan dalam seni kontemporari, budaya dan sejarah fesyen. Adalah satu bonus sekiranya pereka ada kemahiran komunikasi yang bagus, dapat menyampaikan idea dengan jelas dan terang serta boleh bekerjasama dengan orang lain selain berkebolehan mengenal pasti personaliti dan cita rasa pelanggan serta sentiasa tepat waktu.

Bagaimana definisi rekaan fesyen yang bagus?

Rekaan fesyen yang bagus merujuk kepada rekaan sempurna dalam semua aspek teknikal seperti kualiti jahitan, merangka pola, draping serta kemasan. Mempamerkan sesuatu yang belum pernah dilihat, penuh dengan elemen dan unsur budaya, seni, falsafah serta emosi juga mampu menyokong mutu fesyen yang dikemukakan. Dalam erti kata lain, rekaan mempunyai konsep, tetapi pada masa sama bersifat kontemporari dan punyai nilai komersil. Rekaan yang bagus juga tidak keterlaluan, tidak menunjuk-nunjuk, tidak ‘menjerit’ tetapi masih cukup memikat dan menawan dengan nilai estetik yang asli serta kontemporari.

Rekaan fesyen yang boleh dianggap berjaya?

Kejayaan sesuatu rekaan fesyen itu bergantung kepada perspektif kita melihat rekaan berkenaan. Ada yang melihat fesyen sepenuhnya daripada sudut komersil, ataupun yang paling penting hasil keuntungan pasaran sesuatu rekaan. Saya percaya rekaan fesyen yang bagus adalah rekaan yang punyai elemen kontemporari, kreatif, inovatif dan asli. Penggiat fesyen perlu menghindari budaya plagiat yang berleluasa pada masa kini kerana akan membunuh kreativiti industri fesyen tempatan. Perlu diingat MENDAPAT INSPIRASI DAN MENCIPLAK adalah dua perkara yang amat berbeza.

Pereka hebat antarabangsa yang lebih senior seperti Azzedine Alaia dan Jean Paul Gaultier atau yang lebih muda, Nicolas Ghesquiere mahupun Alexander McQueen, mereka bijak dalam inovasi rekaan, sentiasa berkembang cemerlang serta paling penting setiap koleksi rekaan mereka menjadi tren ikutan global. Fesyen punyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan seharian, itu yang menjadikan ia amat mengujakan dari musim ke musim. Apa yang popular pada masa lampau mungkin tidak lagi sesuai pada masa kini. Pada pandangan saya, kunci utama kejayaan pereka dalam industri fesyen adalah kebijaksanaan dan kebolehan mereka untuk sentiasa releven mengikut kehendak industri.

Bagaimana pelajar fesyen dapat membuat transisi daripada dunia pendidikan ke dunia profesional?

Pelajar seharusnya lebih banyak membaca untuk sentiasa sedar akan apa yang berlaku dalam industri fesyen tempatan dan antarabangsa. Mereka dinasihatkan menjalani latihan praktikal dan bekerja di tempat yang boleh memberikan mereka peluang menimba pengalaman atau dapat mendekatkan mereka dengan industri fesyen seperti di butik, gedung beli-belah, perkilangan serta penerbitan. Pengalaman ini akan dapat membantu perkembangan awal kerjaya mereka dalam industri.
Melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam aspek perniagaan dan pemasaran juga perlu. Jika tidak, agak sukar bagi mereka memasarkan dan menjual produk atau hasil rekaan mereka.

Pereka muda Barat beruntung kerana mereka boleh lebih berkreatif serta berlebih-lebihan dalam rekaan mereka kerana ada pasaran sebegitu di negara mereka. Namun begitu di Asia, perkembangan dan pasaran fesyen masih untuk tujuan perniagaan serta lebih mementingkan praktikaliti dalam setiap rekaan. Oleh itu, pelajar yang bercita-cita menceburkan diri dalam industri fesyen perlu berdaya saing serta peka dan memahami arah tuju ekonomi serta pasaran tempatan. Industri fesyen di Malaysia boleh dianggap masih hijau dan amat penting bagi pelajar untuk menyediakan diri mereka dengan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan serta kepakaran perniagaan untuk memastikan kejayaan mereka dalam industri ini.

Apakah yang akan berlaku pada industri fesyen dalam jangkamasa tujuh atau 10 tahun akan datang? Apakah langkah yang boleh diambil oleh penggiat fesyen dalam menghadapi arus perubahan ini?

Kita sememangnya tidak boleh mengandaikan dengan tepat apa yang akan berlaku dalam industri fesyen. Sememangnya setiap daripada kita mahu selalu dikejutkan oleh sesuatu yang dapat memberikan inspirasi. Gaya dan cita rasa sentiasa bertukar. Industri fesyen terlalu banyak saingannya. Fesyen sebenarnya berkait rapat dengan masyarakat. Fesyen dan gaya selalunya mencerminkan pemakainya. Apa yang pasti kini, pembeli atau pelanggan lebih cerdik fesyen dan sentiasa mahukan yang terbaik daripada industri. Era digital menjadikan pembeli punyai pengetahuan yang lebih tentang arus fesyen terkini. Kebanyakan mereka juga gemar membeli rekaan yang digayakan oleh golongan selebriti dan yang dipaparkan dalam majalah.

Namun, pada waktu yang sama mereka tetap mahukan rekaan yang dilihat punyai keaslian atau keunikan tersendiri. Pembeli kini bijak dan lebih mengutamakan kualiti, mereka menganggap setiap rekaan yang dibeli adalah suatu pelaburan. Apapun, pelajar dan pereka muda perlu tahu mengenai perkembangan sikap pembeli dan pelanggan. Mereka perlu melengkapkan diri dengan kebolehan untuk mendengar, memahami dan peka terhadap kehendak pasaran serta seterusnya menggunakan kreativiti menghasilkan sesuatu rekaan yang relevan pada masa kini. Pereka muda juga perlu melatih diri supaya mengetahui kekuatan pasaran, mempertingkatkan atau memaksimumkan potensi industri serta menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat. Menggabungkan aspek seni dan ekonomi adalah tunjang kepada kejayaan seseorang pereka. Fesyen bukan hanya untuk tujuan glamor semata-mata, tetapi sebenarnya ia merangkumi usaha gigih, kesabaran, ketabahan serta ilmu pengetahuan dan kefahaman yang mendalam, bagaimana industri fesyen itu beroperasi, berubah serta berkembang.

Tidak dinafikan ada pereka muda memandang ke Eropah sebagai sumber ilham perekaan mereka, adakah perkara ini wajar?

Bagi saya , pereka tidak perlu pecah kepala memikirkan inspirasi dari Eropah kerana segala inspirasi yang dicari terbentang luas di hadapan kita. Inilah waktunya untuk kita menghargai kekayaan warisan bangsa dan budaya sendiri, sekali gus menjadikan semua itu inspirasi untuk kita menghasilkan karya rekaan yang hebat. Begitupun, pereka disaran membuat penyelidikan terlebih dulu untuk lebih mendalami dan memahami segala perkara yang berkaitan, terutama mengenai peradaban bangsa dan budaya. Ini adalah untuk kita mengelak daripada mencemari imej warisan tersebut tanpa kita sedari. Apa yang pasti, sebagai rakyat Malaysia kita perlu menyumbang untuk perkembangan budaya bangsa. Lihat saja pereka fesyen Jepun yang sentiasa mengagumi akar umbi mereka, walau berjaya di peringkat antarabangsa sekalipun, setiap rekaan yang dihasilkan menyerlahkan warisan budaya mereka sama ada pada konsep, penggunaan material dan sebagainya. Kalau rakyat negara luar boleh berbangga dengan warisan mereka, mengapa tidak kita. Tepuk dada tanya selera!

PROFIL
Faizal Hamid


Pereka fesyen, perunding imej, kolumnis dan juga pensyarah di Jabatan Fesyen, UiTM Shah Alam.

Pendidikan: Berkelulusan dalam MA in Environmental Arts (Fashion) dari Syracuse University, New York, USA dan Ijazah Sarjana Muda dari UiTM.

*entry nie aku bace kat blog dia . wahh benda nie boleh jadikan panduan , tips and rujukan aku . buat knowledge aku bertambah sikit lahh pasal fesyen . even aku tak kenal dia sangat tapi aku cuba kenal dia and desing2 dia . wish i can be like u :)
dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Tuesday, April 19, 2011

i want to be fesyen desingner

 

i want to be like him . he so telented ! and so HANDSOME ! so CUTE !  awww ;) . OHH MY IDOL OHH MY HERO ! i wish i can meet u . nak sangat ! nak ikut jejak langkat awak boleh ? ;) *cewahh awak gitu . insyaallah kalau dapat uitm . amin ~ waiting for me HATTA DOLMAT ! 

diorang nie pon aku minat jugak . desing diorang pon mantop jugak . huhu love u all ;)
   AMALIENA ;)
my friends and i ! show danga city mall 2010 .

ohh fesyen . i very love it . i want to be fesyen desingner . hari tu dah interview uitm art&desing hope dapat lah ye aminn ~ waiting for me NIENA'S BRIDAL/COUTUrE/COLLECTION ! belum fikir lagi . kawan-kawan doakan ye ;)








dah bace SILA LIKE lah ye ;)

i dream for him last night

OMG ! semalam aku mimpi dia . sedih tapi kelakar . mimpi kiteorang pergi kursus kahwin and siap bagi nama anak lagi (masa dalam kereta) . ape sehh mimpi nie ? then mase tgh kursus tu semua dapat bunga(entah ape2) . dia tanye kenapa tak dapat bunga ? aku jawab aku buang . tapi pelik dalam kelas tu semua orang bagi bunga tapi bukan kat partner masing2 . sebab tu aku buang bunga tu sbb sape tah bagi aku . tapi aku tak duduk sebelah dia orang lain sape tah perempuan tu tapi that girl tak cakap ,  muka dia pon tak nampak ;( *tak faham . haishh petunjuk ape nie ?? lepas tu terus masuk mimpi laen . hmm whatever lah . i'll always pray for u . hope u always happy there . semoga ditempatkan dgn orang2 yg beriman aminn ~ OHH I MISS YOU ! ;(
AL-FATIHA . . .
dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Monday, April 18, 2011

i want this i need this


really2 want this and this colour . kereta nie comel cube tengok bontot dia heee . dia pnye desing mmg wahh i think cute gila , dalam dia pon best jugak and kereta nie tak payah guna kunci just tekan on or off aje . tp kunci kereta mesti ade kat driver . so kalau perompak nak curi susah ! :) DARI FORM 4 MINTAK KERETA NIE SAMPAI SEKARANG TAK DAPAT LAGI ! HMMMM ;( OHH MY SWIFT !

minat gila lappy nie sbb colour choice dia semua mmg hot punye colour lah but i still choose pink colour haha .

i want ! i want ! siapa boleh belikan ? N71 . aku tak keje so tak tawu mau korek mane duit haha . haihh kalau ade bf then belikan kan bagus haishh :)



i need camera wuaaa mintak parents asyik tak dapat je . mase tu parents nak belikan tp bukan nie lahh kot . then aku cakap nanti dulu . bila aku nak beli ayah cakap nantilah huaaa ~ tak kesa lah mane satu camera kat atas nie . nak dslr ofc lahh tapi kalau digital nie pon okay . dah aku mmg gila nampak camera . sobsob nak nanges nie ! tape nak beli sendiri tapi tu pon kalau duit ade lagi lepas shopping hahah :) aku mmg gitu :/


hah tak tinggal nie yang nie pon nak jugak . he so handsome . he tall . he tough . so white haha . ade ciri yang aku cakap ? kalau ade boleh rejister haha . over pulak letak gamba dia banyak tapi tak kesah dia HANDSOME ;) OHH MY ROBERT/EDWARD ! !
dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Saturday, April 16, 2011

perjalanan interview uitm

fuhh ! lega kot dah lepas interview . 1st kene test drawing . mmg cuak gila kot . menggigil nak lukis hahhaah . masz , yana , ieka , kecoh sehh kat bilik drawing tadi heee . kiteorang kene lukis atas meja ade papan yang diikat dengan kain , then ade kotak domino , tempat duduk kerusi . hahha entah ape-ape aku lukis . kotak domino aku mcm haram tak jadi heee . lepas siap drawing kepochi nak amek gamba lukisan . btw , kiteorang dah buat yang terbaik ;) 1 jam je kot lukis agak singkat sehh mase tapi alhamdulillah sempat siap heee . then 20 minit kene sambung bentuk yang dia bagi jadikan lukisan hahaha . mula2 takde idea sehh . naseb masz bagi idea buat gunung , pisang , and kertas bergulung . thanks masz !
after test drawing kiteorang kene pergi bilik interview . dedo sehh haha . tak boleh blah kan ?? dia suro masuk sekali guss 4 orang and empat-empat orang budak AZITECH ;) 1st ieka , yana , aku last masz . tapi macam kejap kot cehh ngade2 nak lame . 1st dia  tanye nak cakap bi ke bm aku lahh ckp BM  hahha terbako eden cakap bi  . then dia suro cerita pasal background aku ?aku cakap lahh background bi cewahh leps tu terus bm hahaha . then aku ckp aku dari sekolah teknik azizah ambik course sebab minat dari kecik dimana saya nak belajar dari bawah pasal fesyen mengenai asas-asas nye . fesyen kenapa minat fesyen ? aku cakap aku nak buat something yang new yang berbeza supaya fesyen malaysia dikenali di peringkat intenational cewahh !! siapa desingner yang aku kenal ? rizman ruzaini , hatta dolmat , rizalman . desingner internatoinal , AKU JAWAB TAK PASTI  ! heheee . pasal jimmy choo , ape yang tawu pasal desingner dia ? cantik ofc , kualiti tinggi , desing yang berbeza and ape lagi tah aku membebel haha . konsep ape yang aku nak buat kalau dapat masuk RUNWAY ? konsep yang something defference biar orang nampak WOW contoh guna kan konsep yang berasaskan alam sekitar seperti air , udara dan tanah(idea nie aku tgok runway) tiba2 teringat tu yang aku cakap heee . guna konsep nie dengan menggunakan fabrik yang berasaskan konsep tuu walawehh aku jawab hahaha . dia tanya mane dapat sumber2 fesyen nie ? aku cakap aku nie suka layari internet so dari situ aku dapat sumber fesyen nie lahh hehehe . then intertaiment macam runway aku tengok and ape lagi aku membebel tak ingat jgk hahah . majalah ape yang aku selalu bace ofc INTREND ! lepas tu dia tanye pulak nama2 jahitan omg aku tak ingat aduhh tapi aku jawab jahitan silang pangkah , sembat susup and ape lagi entah aku tak ingat aku jawab . tu je kot dia tanye aku tak ingat heee
then dia tengok sijil2 aku , naseb aku naib pengerusi netball , dia angguk2 . dapat no berapa netball ? aku jawan no 3 mase KAT ( kejohanan antara teknik) . berapa sekolah teknik ade kat malaysia ? mampus aku tetiba pulak soalan tu . aku jawab SAYA TAK PASTI . lepas tu dia uji mate UJIAN WARNA . ade 4 gamba ade satu gamba tu aku tak dapat aku cakap aku ckp  macam gamba binatang . dia tanya binatang ape ? aku jawab DINOSOUR ! aku dengan dia sekali ketawe hahaha BERDEKAK ! lepas tu dia isi borang markah alamak tak persan lahh . takut sehh ! and tetiba dia cakap OKAY TERIMA KASIH . huh ?? tu aje ? kurang ajar dia tak tengok aku punya module hampehh ! nak cepat lahh tu . penat je aku bawak berat2 . 
dah habis tu aku keluar then nak keluar beg aku sangkot kat pintu then ade abg tu bukak kan cewahhh . tapi kurang aja budak2 TESL . lagi2 yang gemuk cakap TULAH BEG BESAR SANGAT . amboi nak aje aku tolak dia dah lahh ddk kat koridor . jatuh kau kurus hahaha . lepas tu aku turun then tggu masz interview . pehh lagi sekejap dia hahha naseb lahh . habis tu aku terus balik heeee ;)



dah bace SILA LIKE lah ye ;)

Wednesday, April 13, 2011

Good News Interview UiTM

Bahagian Pengambilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450, Shah Alam Selangor
Tel: (603)5544 3164 Faks: (603) 5544 3170
Mengubah Destini Anak Bangsa

 
NURAMALINA ATHIRAH BINTI KAHAR 
NO 89,TOWN HOUSE 8,VISTA SERI ALAM,
JALAN PERSIARAN SERI ALAM
81750 - PASIR GUDANG
JOHOR
930320015756
 

Saudara/Saudari 
PANGGILAN TEMU DUGA SESI AKADEMIK SEMESTER 1 2011/2012
Berhubung dengan permohonan saudara/saudari untuk program tersebut di bawah, saudara/saudari dijemput menghadiri temu duga yang akan diadakan seperti berikut:

Nama program:DIPLOMA SENI LUKIS&SENI REKA-AD110
Nama Fakulti   :FAKULTI SENILUKIS DAN SENI REKA
Tarikh/Hari        :16 APRIL 2011(SABTU)
 Masa                :8.30 PAGI
Tempat             :UiTM KAMPUS BANDARAYA JOHOR BAHRU
                            LOT PTB 18804, HS(D)164867
                            JALAN HERMAN, KAMPUNG AMAN,
                             LARKIN
                             81200 - JOHOR BAHRU
                             JOHOR

2.   Untuk maksud temu duga ini, saudara/saudari dikehendaki membawa bersama sijil-sijil asal dan satu salinan bagi setiap dokumen yang telah disahkan sekiranya diminta oleh panel temu duga. Dokumen tersebut adalah:-

1.Kad Pengenalan                            
2.Sijil Kelahiran Calon                     
3.Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa
4.Sijil SPM/Setaraf 
5.Dokumen-dokumen lain yang berkenaan 
6.Surat Panggilan temuduga ini   

3.  Segala perbelanjaan yang mungkin timbul berkaitan dengan temu duga ini ditanggung oleh calon.

4. Surat panggilan temu duga ini dengan sendirinya terbatal sekiranya saudara/saudari bukan Bumiputera dan tidak memenuhi syarat kelayakan akademik.

5. Pihak UiTM mengucapkan terima kasih di atas minat saudara/saudari memohon memasuki UiTM.

Sekian
Ketua
Bahagian Pengambilan Pelajar
[ Dijana oleh komputer tidak perlu tandatangan ]

dah bace SILA LIKE lah ye ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...